Sunday, April 11, 2010
Preview Honda CBR150
Home » Honda CBR150R, Review Motor » Review Honda CBR150R Review Honda CBR150R
Salam dan selamat sejahtera,
Walaupun agak lewat saya review Honda CBR150R tapi rasanya masih ramai yang belum tahu asal usul motor ni sebab kita lihat Honda cuma promosi ‘main-main’ jer. Kenapa macam tu? Diorang lebih utamakan pemasaran kategori moped. Kita lihat pelbagai kategori ada lebih kurang macan HLY jugak.
Namun apakah nasib CBR akan sama seperti yang dialami oleh NSR150 pada era 90an dulu? Kita lihat CBR ni agak kurang berada di jalan-jalan raya kat Malaysia ni kerana pengguna sekarang lebih gemarkan moped yang telah mengalami evolusi hebat. Kuasa, rupa dan canggih telah menyebabkan kaki-kaki motor beralih arah.
Mungkin analisa ini dijadikan kunci kenapa Yamaha, Kawasaki, Suzuki, Honda, Modenas enggan memasarkan kategori sportbike secara agresif. Mungkin!
Honda sebenarnya lambat memasarkan CBR150R ke Malaysia sedangkan ianya telah ‘basi’ di negara-negara jiran seperti Thailand. Lagipun di Eropah model ini telah dipasarkan pada tahun 2006 tetapi dengan enjin 4 lejang sebesar 125cc diberi nama CBR125R
Cukup mudah Honda buat duit cuma tukarkan enjin dan beri nama baru. Sebab tulah rupa bentuk CBR ni agak kurus dan ringan kerana pada asalnya ia hanya untuk menampung enjin 125cc 4 lejang.
Kalau kita lihat saingannya Yamaha FZ150i nampak sesuai dengan rupa bentuk tak kurus dan tak gemuk. Namun ini merupakan pandangan saya tapi tak tahulah ‘mata’ orang lain hu..hu..hu..
Spesifikasi Honda CBR150R
Dimensi
Panjang Keseluruhan : 1910 mm
Lebar keseluruhan : 656 mm
Tinggi keseluruhan : 1,065 mm
Tapak Roda : 1.286 mm
Kelegaan Bumi : 172 mm
Berat Bersih : 115 kg
Tinggi Pelana : 776 mm
Kapasiti Petrol : 10 Liter
Enjin
Jenis : 4 Lejang, DOHC, 4-Valve
Sistem Sejukan : Sejukan Cecair
Jumlah silinder : 1 (satu)
Gerek x Lejang : 63.5 mm × 43.7 mm
Isipadu : 149.40cm3
Nisbah Mampatan : 11:0:1
Kuasa Maksimum : 18.98PS / 10,500 rpm
Tork Maksimum : 1.37kgf.m / 8500 rpm
Fuel System : Karburator
Penghidup : Elektrik
Nyalaan : CDI
Jenis Clutch : Plat Berbilang Jenis Basah
Transmisi : 6 Kelajuan
Chassis
Rangka : Aluminium Frame
Suspensi depan : Teleskopik
Suspensi belakang : Monoshock
Brek Depan : Cakera diameter 276 mm
Brek belakang : Cakera diameter 220 mm
Saiz Tayar Depan : 80/90 -17
Saiz Tayar Belakang : 100/80 -17
Kelajuan Maksimum : 160km/j
Sekian
Diubahsuai daripada Wira DuniaMoto
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment